Turki merupakan sebuah negara yang terletak di antara benua Eropah dan benua Asia. Negara republik ini mempunyai susur galur sejarah yang panjang dan sangat penting untuk umat Islam. Apabila runtuhnya kerajaan Abbasiyyah di Kota Baghdad yang menghadapi tentangan tentera Tartar dan Mongol yang kejam, khilafah bertukar tangan ke Turki Uthmaniyyah.
Turki Uthmaniyyah mencapai zaman kegemilangannya
di bawah pemerintahan seorang anak muda bernama Sultan Muhammad Al-Fateh
(Sultan Mehmed 2). Beliau telah merealisasi sabda Baginda Nabi SAW :
“Akan dibuka
Kota Konstantinople ,sebaik-baik ketua, ketuanya dan sebaik-baik tentera adalah
tenteranya”
Kota Konstantinople merupakan sebuah kota
yang memiliki kubu yang paling ampuh. Selepas hampir 11 kali percubaan untuk menawan
kota tersebut akhirnya Sultan Muhammad Al-Fateh bersama 250ribu tenteranya berjaya
menembusi kubu kuat kota ini lalu menawannya.
Pengaruh Kerajaan Turki Uthmaniyyah sangat
meluas malah mempunyai hubungkait dengan Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh. Kerajaan
Turki Uthmaniyyah pernah membekalkan meriam kepada Kerajaan Acheh dalam
menghadapi serangan penjajah Portugis suatu ketika dahulu. Di Tanah Melayu pula,
bendera Khilafah Uthmaniyyah berkibar ketika menghadapi tentangan penjajah British
di Terengganu. Ini memberi gambaran pengaruh Khilafah Uthmaniyyah terhadap
Tanah Melayu dan Acheh.
Kebangkitan nasionalis negara-negara Arab
adalah merupakan salah satu punca runtuhnya Khilafah Islamiyyah yang terkenal
dengan nama “kebangkitan Arab yang besar”(Saurah Arab Akbar). Ini disusuli dengan
pengaruh golongan muda yang diberi nama The
Young Turk diketuai Mustafa Kamal melalui suatu perancangan tersusun dengan
British untuk menjatuhkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Sejarah lampau Turki mempunyai keunikannya
yang tersendiri dalam melihat jatuh bangun kekuasaan Islam di atas muka bumi.
Hari ini, AK Parti (hizbul ‘adalah wattanmiyyah-AKP) berada pada landasan
terbaik dalam mengembalikan semula kegemilangan islam yang telah hilang suatu
ketika dahulu. Tugas ini dilihat mencabar memandangkan pengaruh Kamalisme (sekularis ekstermist) yang
masih berakar kuat di Turki ditambah pula dengan kedudukan Turki sebagai negara
republik (pihak tentera yang menjadi penjaga setia kepada perlembagaan Turki)
yang tidak membenarkan sama sekali Islam untuk ‘tumbuh’ semula di Turki.
Pengajaran 1
: Kemenangan Hari Ini Hanya Memetik Buah Yang Ditanam Oleh Orang Yang Terdahulu.
Kemenangan AKP dalam pilihanraya Presiden Turki
bukanlah semata-mata usaha dan strategi yang digunakan AKP malah ia juga datang
dari jalan jihad yang panjang dan berliku yang dihadapi oleh pejuang-pejuang
Islam di Turki sebelum daripada itu.
Antara tokoh yang banyak menyumbang kepada
kebangkitan Islam di era kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah ialah Syeikh
Badi’uzzaman Said An-Nursi yang mempelopori
Gerakan Nursiyyah. Gerakan Nursiyyah mengambil pendekatan Suffiyyah dalam mendekati masyarakat.
Syeikh Badi’uzzaman telah menulis lebih dari 100 risalah untuk diluncurkan
ketengah masyarakat dalam menyuntik kembali semangat pejuang Islam bangkit membina
tapak Khilafah Islamiyyah semula.
Bermula dari situlah Islam mula berkembang
dan berkembang sehinggalah seorang cerdik pandai yang bernama Almarhum
Necmettin Erbakan menubuhkan Parti Salamah. Perkembangan Islam di Turki mengalami
cabaran dan rintangan yang pelbagai. Ada dikalangan mereka yang terbunuh,ada
juga yang dipenjara dan ramai dikalangan mereka yang diseksa. Namun, janji Allah
SWT yang akan menyempurnakan cahayaNya atas muka bumi meskipun mereka
(musuh-musuh Allah) cuba untuk memadamnya.
Di Malaysia, kemenangan yang kita peroleh
hari ini hanyalah memetik buah-buah yang ditanam oleh nenek moyang kita suatu
ketika dahulu, bukannya semua hasil usaha kita sahaja. Ini merupakan perkara
yang sangat penting untuk menjadikan kita menilai kemenangan hari ini (dan akan
datang) dengan nilaian yang mahal kerana kemenangan hari ini adalah juga dari
darah-darah pejuang-pejuang islam di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.
Keikhlasan dan semangat jihad mereka ‘menanam’ benih perjuangan kepada
masyarakat telah menghasilkan ‘buah’ yang mereka sendiri tidak sempat untuk
merasainya pada hari ini.
Pengajaran 2
: Turki Dimuliakan Kerana Islam Bukan Kerana Bangsanya
Saidina Umar RA pernah menyebut ketika
tentera Islam berjaya menguasai Baitul Maqdis :
“Kita adalah
kaum yang dimuliakan oleh Allah kerana Islam. Apabila kita meninggalkan Islam
maka kita akan ditimpakan dengan kehinaan.”
Bangsa Turki hari ini mula mendapat perhatian
dunia setelah AKP mencapai kemenangan dalam pilihanraya presiden . Kemenangan
ini sekaligus memberi ancaman kepada musuh –musuh Islam yang mula melihat Turki
menjadi watak utama membela umat Islam khususnya di Palestin, Rohingnya dan
wilayah-wilayah umat Islam yang lain.
AKP mencapai kemenangan hari ini kerana
mereka berpegang kepada Islam. Sedangkan jika dibandingkan bangsa Arab dengan
bangsa Turki, maka kita akan mendapati bahawasanya bangsa Arab jauh lebih hebat
berbanding bangsa Turki. Tetapi bangsa Arab yang hebat itu meninggalkan Islam
sebagai pegangan mereka malah mereka pula yang menjadi sekutu utama kepada
Israel dan Amerika Syarikat menjadikan mereka bangsa yang hina pada hari ini.
Mulia atau hina sesuatu bangsa adalah dengan
Islam. Benarlah kata Saidina Umar RA. Bangsa Arab Quraisy semasa Nabi SAW hidup
merupakan bangsa yang tinggi akhlaknya, bertamadun dan mulia kerana adanya Islam
yang menjadi ‘pakaian’ mereka.
Bangsa Melayu, Cina dan India yang ada di
negara kita hari ini juga akan menjadi mulia dengan syarat mereka berpegang
dengan Islam. Islam datang dengan nilai-nilai aqidah yang satu dan juga dengan
nilai akhlak yang terpuji. Perjuangan bangsa bukanlah dilarang cuma mesti
berpada –pada dan tidak menjadi matlamat perjuangan.
Pengajaran 3
: Pentingnya Pembinaan Fikrah Sebagai Tapak Semaian Perjuangan Islam
Ini merupakan permulaan yang sangat penting
bagi sesebuah gerakan Islam itu bertapak iaitu menerapkan fikrah Islamiyyah ke
dalam diri setiap ahlinya. Perkembangan Islam di Turki mempunyai kait rapat
dengan penubuhan madrasah-madrasah yang menjadi medan utama kepada proses
pentarbiyyah fikriyyah kepada masyarakat Islam. Seorang ulama pernah
memberitahu antara negara yang akan menjadi pengkalan kepada kebangkitan Islam
adalah Turki dan Pakistan selepas melihat kedua negara ini menjadikan masjid
dan madrasah sebagai pusat pengajian ilmu Islam. Ternyata hari ini Islam berjaya
menguasai Turki di samping negara Pakistan yang bangun menjadi salah sebuah
negara Islam yang menjadi ancaman kepada musuh-musuh Islam.
Melihat sepintas lalu perkembangan
maahad-maahad tahfiz sains yang semakin berkembang terutamanya di Negeri Cik Siti
Wan Kembang menggambarkan masa depan Islam yang kian gemilang. Program-program
ilmu, kuliah dan ceramah merupakan asas penting dalam pembinaan kefahaman
terhadap Islam itu sendiri.
Dengan betulnya kefahaman terhadap Islam maka
fasa seterusnya adalah membentuk fikrah perjuangan dalam pemikiran pejuang
Islam. Kemudian ia disusuli dengan penggabungan diri dalam harakah islamiyyah
(gerakan islam) yang akhirnya bermatlamat untuk menubuhkan daulah islamiyyah.
Fasa penanaman fikrah ini perlu dijaga dengan sebaik mungkin supaya tidak ada
jarum luar yang cuba untuk meracuninya. Serangan pemikiran yang melanda umat
islam hari ini merupakan suatu bentuk serangan baru yang boleh merosakkan umat
islam dari dalam.
………………………………..…………
Turki mempunyai sejarah panjang terhadap
kebangkitan Islam dan begitu juga pernah mengalami fasa kejatuhan Islam.
Kemenangan Islam melalui AKP sedikit sebanyak memberi nafas baru kepada umat Islam
untuk terus memperjuangkan Islam. Dalam keadaan negara yang mengalami asakan
doktrinisasi sekularisma yang hebat, umat islam Turki terus kental mendokong
Islam kembali kepada masyarakat. Sejarah istimewa ini yang pastinya sangat
bernilai dan perlu dijadikan iktibar kepada pejuang-pejuang Islam seluruh
dunia.
0 comments:
Post a Comment