Pages

Ads 468x60px

Wednesday, November 18, 2009

AL-FATEH : MENYINGKAP RAHSIA SABDA NABI SAW



Ketika penat menggali parit untuk perang Ahzab, perang yang menyaksikan pakatan besar puak musyrikin Mekah yang melakukan collaboration dengan puak Munafik Madinah, Rasullullah SAW menyampaikan satu sabda agung. Baginda SAW bersabda ;
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Kita cuba menyingkap di sebalik tabir ucapan Rasullullah SAW ini kerana meyakini ucapan Baginda SAW adalah wahyu yang benar dan wajib diyakini oleh semua umat Islam. Di bawah adalah rahsia yang tersembunyi disebalik sabda Baginda SAW yang disampaikan dalam bentuk persoalan :
Mengapa Nabi SAW bersabda dalam keadaan yang penat dan letih?
Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda dalam keadaan baginda dan para sahabat dalam keadaan penat menggali parit untuk peperangan Ahzab. Mungkin ini kerana faktor untuk membuka kota ini juga memerlukan keringat yang cukup banyak. Hakikat pembukaan kota Konstantinopel bukan mudah.Hampir 29 percubaan dilakukan untuk membuka kota ini namun gagal. Antara sahabat yang terkenal ialah Abu Ayyub Al-Ansari sehingga makamnya di tanam berhampiran dengan kota moga-moga beliau dapat mendengar derapan kuda-kuda yang akan membuka kota Konstantinopel kelak. Hatta Al-Fateh sendiri mengalami kesusahan besar dalam membuka kota ini. Hampir 53 hari pengepungan menemui jalan buntu tetapi atas ketabahan dan kesabaran yang tinggi beliau berjaya merealisasikan hadith Nabi SAW kira-kira 800 tahun sebelumnya.
Mengapa ketika menggali parit (Khandaq)?
Persoalan yang menarik untuk difikirkan bersama. Untuk siri-siri peperangan di Tanah Arab,menggali parit adalah sesuatu yang luar biasa. Rasullullah SAW menerima cadangan ini dari seorang sahabat baginda yang bernama Salman Al-Farisi. Pakatan Ahzab sedikit pun tidak terdetik di hati mereka bahawa Kaum Muslimin akan menggunakan tektik peperangan yang pelik ini. Parit digali mengelilingi Madinah menjadikan Kaum Muslimin menang tanpa bertempur pada ketika itu. Begitu juga yang berlaku kepada Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya. Al-Fateh juga menggunakan strategi luar biasa untuk membebaskan cengkaman Konstantinopel dari cengkaman Bizantin. 70 buah kapal seberat 7 trailer diangkut menaiki satu gunung dalam satu malam, bertepatan dengan gerhana bulan dan juga gunung berapi yang meletus di Kuwae. Ini adalah sebahagian strategi yang cukup luar biasa yang digunakan Al-Fateh untuk membuka sebuah kota seperti mana strategiknya Nabi SAW dan para sahabat menghadapi peperangan Ahzab suatu ketika dahulu.

0 comments:

Post a Comment