Pages

Ads 468x60px

Monday, November 23, 2009

HADITH IFK : IKTIBAR KEPADA PEJUANG...


Peristiwa Dusta atau bohong yang ditimpakan kepada Isteri Baginda Rasulullah saw Saidatina ‘Aisyah r.a, setelah tamatnya perang dengan Bani Mushtaliq iaitu pada bulan Sya’ban 5 H. Peperangan tersebut turut disertai oleh kaum munafik, dan diikuti pula ‘Aisyah setelah berdasarkan undian yang dijalankan oleh Baginda Rasulullah saw terhadap isteri-isterinya. Dalam perjalanan mereka kembali dari peperangan, mereka berhenti pada suatu tempat. ‘Aisyah keluar dari sekedupnya untuk suatu keperluan, kemudian kembali. Tiba-tiba dia merasakan kalungnya hilang, lalu dia pergi lagi mencarinya. Ketika sedang mencari kalung itu, rombongan berangkat dengan menyangkakan bahwa ‘Aisyah masih ada dalam sekedup tersebut. Setelah ‘Aisyah mengetahui, sekedupnya sudah berangkat dia duduk di tempatnya dan mengaharapkan sekedup itu akan kembali menjemputnya. Kebetulan, ketika itu seorang sahabat Nabi, Shafwan ibnu Mu’aththal sedang melalui jalan tersebut , maka dilihatnya seseorang sedang tidur sendirian dan dia terkejut seraya mengucapkan: “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, isteri Rasul!” ‘Aisyah terbangun. Lalu dia dipersilakan oleh Shafwan mengendarai untanya. Syafwan berjalan menuntun unta sampai mereka tiba di Madinah. Orang-orang yang melihat mereka membicarakannya menurut pendapat masing-masing. Mulailah timbul desas-desus. Kemudian kaum munafik membesar- besarkannya, maka timbullah fitnah ke atas ‘Aisyah r.a. dengan bertambah luas, sehingga menimbulkan kegoncangan di kalangan kaum muslimin.
( Tafsir al-Wasith , Dr. Wahbah Az-Zuhaily )
Peristiwa ribuan tahun lampau namun skripnya berulang pada abad ini. Benarlah sabda Rasulullah SAW hidup ini ibarat pusingan roda. Begitu juga dengan kata-kata sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya. Sebenarnya tidak perlu ingat pun kepada sejarah kerana ia pasti akan berulang. Namun ini tidak bermakna kita seharusnya melupakan terus sirah agung Rasulullah SAW kerana sebagai pejuang Islam sebagaimana ‘jalan-jalan’ Rasulullah SAW menempuh perjuangan ini begitu juga reflectionnya pada kehidupan kita.
Mutakhir ini hati-hati pejuang-pejuang PAS benar-benar mengalami goncangan yang amat dahsyat. Bermula dengan EGM (yang kemudian ditukar kepada seminar politik) dan kes terbaru mengenai kes Datuk Paduka Husam Musa. Saya bukan insan yang layak untuk memberi apa-apa komen namun kita sebagai ahli PAS seharusnya mempunyai jiwa pemimpin,mempunyai jiwa besar seperti Rasulullah SAW dalam menghadapi duri-duri perjuangan, walaupun kita hanya seorang ahli.
Banyak keluhan-keluhan daripada ahli-ahli kebanyakan yang terlalu mudah melenting kepada pimpinan apabila sesuatu perkara besar yang dihebohkan media massa. Perkara terbaru mengenai kes YB Husam Musa. Ramai ahli-ahli yang terus melatah berkata “PAS sudah mula berpecah”, “apa la YB ni” dan macam-macam lagi sedangkan mereka juga sedar akhbar yang satu lagi tu bukan boleh pecaya sangat. Berikut kenyataan YB Husam Musa dalam blognya cetusan-hati.blogspot.com ;
“ Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan. Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS. Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir. Hari ini, Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta. Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit. Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya - Tok Guru Nik Aziz. Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor. Saya maklumkan pada bos saya. Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain. Apa kata Tok Guru bila saya terus jumpa beliau Khamis lalu? Jumpa doktor Di Pakar Perdana habis jam 12.30 tengah hari. Jumpa Tok Guru lebih kurang jam 1 sebelum zohor. "Tak boleh lok (tangguh). Buat (rawat) selalu (segera). Jangan jadi macam ana..." Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis. Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?... “
Apa yang berlaku ? Tidak apa yang berlaku sebenarnya.Ya! tidak ada apa pun. Begitu juga Ir Ariffahmi,menantu Tok Guru kita pun tidak ada apa pun yang berlaku. Ini disebabkan fitnah yang dilemparkan kepada masyarakat lalu masyarakat pun mengambil tanpa usul periksa. Ayuh saudara atau saudari pejuang agama Allah SWT,pesanan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat seperjuangan,apabila datang perkara yang boleh menggoncang perjuangan kita:
SIKAP : Ambil sikap berlapang dada (tidak bertindak terburu-buru menghukum).
PROAKTIF : Siasat dan kaji sejauh mana kebenaran berita tersebut sumber-sumber yang dipercayai (harakahdaily dan blog-blog pimpinan).
TENANG : Tenang dan thabat bersama perjuangan walau apapun yang berlaku.
YAKIN : Yakin Allah SWT tetap bersama mereka yang sabar.

0 comments:

Post a Comment