Pages

Ads 468x60px

Monday, November 30, 2009

KOTA SIPUTEH DAN SPR?




Salam Aidiladha...
~Kronologi mengenai kes Dun Kota Seputeh :
19 Ogos : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa terdapat kekosongan di DUN Kota Siputeh. Penyandangnya, Dato' Abu Hasan Sarif didapati melanggari peraturan dewan mengikut Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan (UUTK) Kedah apabila gagal menghadiri persidangan dua kali berturut-turut.
1 September : SPR memutuskan Abu Hassan kekal sebagai ADUN Kota Siputeh.
1 Oktober : Dr Abdul Isa memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hasan sebagai Adun Kota Siputeh pada lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden dan memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.
16 November : Mahkamah pula mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut.
25 November : Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.
~Perkara 51: Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (UUTKNK);
"Jika mana-mana ahli bagi Dewan Negeri tiada hadir di dalam Dewan dengan tiada kebenaran Speaker di dalam dua kali mesyuarat berturut-turut maka tempatnya itu hendaklah menjadi kosong"
~Fungsi sebuah kerajaan :
Diatas sekali adalah Yang Di-Pertuan Agung.
Kemudian di pecahkan di bawahnya kepada 3 bidang kuasa :
· Badan Eksekutif (badan beri arahan dan badan menjalankan arahan).
· Badan Perundangan (Dewan Negara dan Dewan Rakyat).
· Badan Kehakiman.
Ketua untuk badan eksekutif adalah Perdana Menteri.Ketua untuk Dewan Rakyat di Parlimen adalah YB Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Bin Haji Mulia dan untuk Dun Negeri Kedah adalah YB Dato' Dr Abdul Isa Ismail. Setiap badan tidak boleh mencampuri bidang kuasa bidang yang lain.
SPR adalah sebuah badan dibawah kuasa Yang Di-Pertuan Agung (lebih kurang sama dengan Polis dan Tentera). Mereka adalah badan pelaksana arahan dan hanya menjalankan arahan daripada Speaker.
p/s : Saya hanya memberikan maklumat ini dengan bermatlamatkan anda dapat menilai pergerakan SPR sebagai sebuah badan yang menjalankan arahan untuk mengadakan pilihanraya. Maklumat yang saya beri berkenaan kronologi kes Dun Kota Seputeh,Kedah Darul Aman, Perkara 51 UUTNK yang mempunyai kaitan rapat dengan kes tersebut dan fungsi sebuah kerajaan yang sepatutnya beroperasi. “Tidak perlu mencampurkan persoalan kepartian dan emosi dalam mencari kebenaran...”
Persoalan utama :
Adakah tindakan SPR mencabar arahan Speaker Kedah sebagai tindakan yang rasional dan tepat atau ‘ada udang di sebalik batu’ walaupun ada peruntukan undang-undang membolehkan tindakan tersebut?
Apakah ini kejadian yang berlaku di DUN Perak akan berulang? Tindakan YB Sivakumar mengesahkan pengosongan dua dun di Perak dan meminta SPR untuk mengadakan pilihanraya kecil namun ditolak oleh SPR atas alasan yang tidak rasional.
Sekuat mana kuasa speaker (terutama untuk negeri Pakatan Rakyat) sehingga arahan-arahan mereka selalu dicabar oleh badan pelaksana arahan seperti SPR?
Siapa disebalik SPR atau SPR sebuah badan yang bersih?

0 comments:

Post a Comment