Pages

Ads 468x60px

Sunday, January 24, 2010

MAHASISWA UIAM LESU DAN DILESUKAN?!...




Assalamualaikum & salam perjuangan.

Khamis,21st Januari 2010 : Pro-Mahasiswa UIAM diisytiharkan mempertahankan sekali lagi kerajaan SRC UIAM buat kali keduabelas berturut-turut. Tahniah kepada seluruh warga mahasiswa cemerlang UIAM yang makin matang dalam memilih barisan kepimpinan yang berintegriti. Tahniah juga kepada seluruh jentera pilihan raya kampus UIAM yang bertungkus lumus memenangkan calon pro-m uiam.

Allah SWT dalam firmannya ada menyebut :

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
(Surah An-Nasr : 1-3)

Kali pertama merasai pilihan raya kampus di Gombak agak mendukacitakan saya. Tidak ada suasana demokrasi,perang poster di sana sini. Cuma yang ada hanya kempen sebahagian calon-calon bertanding di mahallah (kolej kediaman) dan di kuliyyah. Mahasiswa lesu dengan studi. Mereka hanya hidup seperti robot yang mengadap buku 24 jam. Mereka di’doktrin’kan hanya untuk kejar kecemerlangan akademik semata-mata. Ramai dikalangan mereka yang hanya nampak kerjaya yang baik sebagai pusat kehidupan di masa hadapan.

Saya tidak menafikan purpose as a student tetapi mengkritik sikap un'peduli'sme mahasiswa uia pada pilihan raya kampus baru-baru ini. Ada yang bertanya wajibkah mengundi? Kira pointer x? Result kena tahan x klu x mengundi?. Ada yang lebih teruk apabila bertanya~ bila mengundi ye (padahal hari itulah hari mengundi)?. Ada juga yang mengaku x pergi mengundi sebab malas. Lesu dan lemah terkena suntikan halus musuh-musuh Islam. Peratusan keluar mengundi hanya 59% berbanding 87% musim sebelumnya! Kenapa kita jadi mahasiswa yang takut? Takut studi jatuh.. takut x dapat pointer tinggi.. takut x dapat kerja.. berjayanya doktrin musuh hari ini.

Selain itu , peraturan kempen dari pihak administration UIAM ibarat enzim yang menambah ’lesu’kan para pelajarnya. Kempen hanya boleh ber’bisik-bisik’. Jangan dilaung-laungkan sangat. Pilihan raya kampus diadakan selari dengan minggu exam midsem sekaligus membataskan kempen-kempen dan membebankan pelajar dan calon-calon yang bertanding. Penggunaan merchandise yang terhad kepada kertas sahaja dengan berlapikkan alasan yang tidak rasional.
Tuluskah pihak pentadbiran untuk menjadikan UIAM sebagai the garden of knowledge and virtue dengan menyekat perkembangan minda mahasiswanya?

Ayuh mahasiswa ! Kita bukan mahasiswa yang lemah, mudah ditekan, lembik tetapi kita adalah mahasiswa yang kuat, berdisiplin dan hebat. Lihatlah sejarah anak muda yang berjaya merubah dunia, melakar sejarah dengan pengorbanan dan perjuangan hakiki. Sultan Muhammad Al-Fateh, pembuka kota konstantinopel,membuka kota yang mencapai hampir 11 kali kegagalan oleh tentera Islam. Jose Rizal yang memimpin gerakan pembebasan di Filipina dengan karyanya yang terkenal Noli Me Tanggere malah sejarah mulia para sahabat antaranya Saidina Ali Karramallahu Wajhah yang menggantikan tempat tidur Nabi SAW ketika hijrah Baginda SAW ke Madinah. Mus’ab Bin Umair, pemuda kaya dan tampan namun meninggalkan kekayaannya itu demi mengejar akhirat. Lihatlah jawapan tegas seorang pemuda yang sejati ketika berhadapan goncangan dari ibunya yang mogok lapar supaya beliau meninggalkan Islam ;
Jawapan Musab kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.”

Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Mus’ab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Musab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Musab sebagai syuhada' Uhud.
Abu al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum(adiknya) telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Mus’ab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah SAW tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata Baginda SAW. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu. Mereka adalah contoh pemuda yang perlu di’hidup’kan semula.


Studi adalah keutamaan tetapi studi juga bukan segala-galanya. Jangan leka mengejar cita-cita sehingga lupa janji kita. Ayuh kita bangun dari ombak deras yang menghambat kita ke tepian,bangun dengan gagah menghala ke tengah lautan. Bukan mencari kematian tetapi hidup meletakkan panji Allah SWT di tengah lautan agar dapat dilihat oleh seluruh alam bahawa syariat Allah itu memimpin bukan dipimpin.

0 comments:

Post a Comment