Pages

Ads 468x60px

Sunday, October 23, 2011

UIA : MESTI ADA PRINSIP...




Saya meneliti dengan baik kronologi peristiwa yang membabitkan seorang pakar perlembagaan negara,Profesor Aziz Bari yang hari ini masih digantung oleh pentadbiran universiti kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kepentingan universiti terbabit. Saya rasa terpanggil untuk memberi coretan pandangan terhadap isu yang sedang hangat melanda negara pada hari ini.
Hari ini,isu membabitkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semakin menjadi bualan orang ramai terutama dikalangan mahasiswa. Bermula mungkin dengan isu kuliah Ustaz Azhar Idrus yang dihalang menggunakan masjid walaupun pada awalnya dibenarkannya.Namun, malam yang penuh berkat itu manjadi saksi ratusan pelajar turun mendengar kuliah beliau meskipun dalam kondisi yang kurang kondusif.
Kali ini isu yang berkaitan dengan kebebasan ilmu dan akademik sekali lagi dipertikaikan. Kenyataan Prof Aziz Bari (yang sebenarnya amanah dalam kepakaran yang dimilikinya) disalah ertikan sehingga beliau didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
Perkara ini bertambah gempar apabila pihak pentadbiran universiti bertindak sewenangnya menggantung tugas beliau di bawah Perkara 15(1) Peraturan Universiti sehingga tempoh siasatan selesai.
Dalam memberi pandangan,ada beberapa perkara yang perlu menjadi renungan atau persoalan bersama :
1. Adakah kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Aziz Bari bertentangan dangan perlembagaan negara?
2. Adakah kenyataan beliau merupakan satu bentuk hasutan sehingga boleh mengakibatkan institusi diraja akan dimansuhkan atau hanya teguran biasa mengikut kepakaran beliau dalam bidang undang-undang?
3. Mengapa sejak sekian lama Prof Aziz Bari mengeluarkan kenyataan sebagai seorang pakar perlembagaan tidak pula diambil tindakan tetapi kali ini tindakan diambil terhadapnya? Apakah ada ‘udang di sebalik batu’? Apakah ada campur tangan luar terhadap isu ini?
4. Apakah pendirian sebenar pihak pentadbiran UIAM terhadap isu kebebasan ilmu dan akademik?
Saya berasa sangsi dengan beberapa tindakan pentadbiran yang seolah-olah cuba mendown-gradekan ketinggian ilmu di Taman Ilmu dan Budi ini bermula dengan tindakan melarang menggunakan masjid dan kemudian menggantung seorang pensyarah. Pihak pentadbiran dinasihatkan agar lebih tegas dalam isu ini dan bertindak berlandaskan prinsip ilmu dan kebenaran dan bukan menjadi tunggangan pihak-pihak yang berkepentingan.
Wallahua’lam.

PELAJAR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

0 comments:

Post a Comment