Pages

Ads 468x60px

Saturday, June 9, 2012

JERMAN PILIHAN SAYA!


Kejohanan 4 tahun sekali ini merupakan kejohanan bola sepak kedua berprestij selepas Kejohanan Piala Dunia. Pasukan yang berjaya mendominasi Kejohanan Eropah  (EURO) ini dianggap kuat dan menjadi pilihan utama untuk kejohanan Piala Dunia pada edisi berikutnya. EURO pada kali ini menyaksikan pertembungan 16 negara-negara gergasi Eropah antaranya Sepanyol (juara bertahan), Belanda, Jerman, Itali, Portugal, England dan Perancis.


Pasukan Jerman merupakan pilihan saya untuk merangkul kejuaraan EURO edisi ini. Mereka telah mendominasi di peringkat kelayakan dengan mencatat kemenangan dalam kesemua perlawanan di peringkat kumpulan. Hanya Jerman dan Sepanyol  sahaja yang mencatatkan rekod 100% kemenangan di peringkat kumpulan pada pusingan kelayakan yang lalu.


Pasukan the Die Mannschaft ini memiliki beberapa pemain berpengalaman antaranya Philip Lahm, Miroslav Klose, Lukas Podolski dan Bastian Schweinsteiger. Sebagai pemain veteran dalam pasukan Jerman, merekalah yang menjadi tonggak utama dalam membimbing barisan muda Jerman.


Mesut Ozil merupakan kunci utama di barisan hadapan Jerman. Setelah menunjukkan aksi luar biasa pada kempen Piala Dunia 2010 yang lalu, pemain tengah Real Madrid terus mengasah ketajaman permainannya dan menghabiskan dua musim di La Liga dengan 17 gol dan 49 assisst bersama Real Madrid. Sentuhan berbisa anak muda ini telah meletakkan beliau sebagai pilihan utama Jurulatih Jerman, Joachim Low.


"Mesut is a player who fits perfectly with my ideas. He plays at a very high level, he can win the ball easily and then produce a telling shot. He is a playmaker and can make some defence-splitting passes."

-Joachim Low, Jurulatih Pasukan Jerman.


Sejak dari kempen Piala Dunia 2006, pasukan Jerman telah melakukan renovation. Persembahan permainan yang menarik beserta serangan yang pantas pada kempen EURO 2008 dan Piala Dunia 2010 yang lalu menjadikan para peminat bola sepak terkedu melihat mereka beraksi.


Dengan beraksi secara possession-based style, mereka menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan meletakkan Gomez atau Klose sebagai penyerang tunggal di hadapan dan dibantu keyplayer mereka, Mesut Ozil. Pasukan ini menggunakan teknik quick short pass & movement. Joachim Low telah berperanan menerapkan strategi short ‘receive & release’ time kepada pasukannya.


Teknik ini menjadikan bola sentiasa bergerak dan seseorang pemain tidak akan memegang bola dengan lama dan ini jelas menyukarkan pihak lawan untuk mengejar bola. Teknik ini dibentuk dengan baik oleh Joachim Low kepada para pemainnya dan telah membuahkan hasil yang lumayan kepada pasukan Jerman.


Meskipun berada dalam kumpulan maut bersama Portugal dan Belanda, Jerman tetap dilihat favorite untuk menggenggam kejuaraan EURO 2012. Kekuatan teknikal dan strategi ditambah dengan gabungan yang ideal antara pemain berpengalaman dan pemain muda cukup untuk membuktikan keupayaan Jerman mengulangi kejayaan mereka pada tahun 1972, 1980 dan 1996 dan edisi kali ini mereka pasti akan membuktikan sesuatu!


"Our goal must be to focus on ourselves and reach our potential. Then we can beat anyone."

-Mesut Ozil.

0 comments:

Post a Comment