Kejohanan 4 tahun sekali ini merupakan kejohanan bola sepak kedua
berprestij selepas Kejohanan Piala Dunia. Pasukan yang berjaya mendominasi
Kejohanan Eropah (EURO) ini dianggap kuat dan menjadi pilihan utama
untuk kejohanan Piala Dunia pada edisi berikutnya. EURO pada kali ini
menyaksikan pertembungan 16 negara-negara gergasi Eropah antaranya Sepanyol
(juara bertahan), Belanda, Jerman, Itali, Portugal, England dan Perancis.
Pasukan Jerman merupakan pilihan saya untuk merangkul kejuaraan
EURO edisi ini. Mereka telah mendominasi di peringkat kelayakan dengan mencatat
kemenangan dalam kesemua perlawanan di peringkat kumpulan. Hanya Jerman dan
Sepanyol sahaja yang mencatatkan rekod 100% kemenangan di peringkat
kumpulan pada pusingan kelayakan yang lalu.
Pasukan the Die Mannschaft ini memiliki beberapa
pemain berpengalaman antaranya Philip Lahm, Miroslav Klose, Lukas Podolski dan
Bastian Schweinsteiger. Sebagai pemain veteran dalam pasukan Jerman, merekalah
yang menjadi tonggak utama dalam membimbing barisan muda Jerman.
Mesut Ozil merupakan kunci utama di barisan
hadapan Jerman. Setelah menunjukkan aksi luar biasa pada kempen Piala Dunia
2010 yang lalu, pemain tengah Real Madrid terus mengasah ketajaman permainannya
dan menghabiskan dua musim di La Liga dengan 17 gol dan 49 assisst bersama Real
Madrid. Sentuhan berbisa anak muda ini telah meletakkan beliau sebagai pilihan
utama Jurulatih Jerman, Joachim Low.
"Mesut is a player who fits perfectly with my ideas. He plays at a very
high level, he can win the ball easily and then produce a telling shot. He is a
playmaker and can make some defence-splitting passes."
-Joachim Low, Jurulatih Pasukan Jerman.
Dengan beraksi secara possession-based style, mereka
menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan meletakkan Gomez atau Klose sebagai
penyerang tunggal di hadapan dan dibantu keyplayer mereka,
Mesut Ozil. Pasukan ini menggunakan teknik quick short pass & movement. Joachim Low telah berperanan menerapkan strategi short ‘receive
& release’ time kepada pasukannya.
Teknik ini menjadikan bola sentiasa bergerak dan seseorang pemain
tidak akan memegang bola dengan lama dan ini jelas menyukarkan pihak lawan
untuk mengejar bola. Teknik ini dibentuk dengan baik oleh Joachim Low kepada
para pemainnya dan telah membuahkan hasil yang lumayan kepada pasukan Jerman.
Meskipun berada dalam kumpulan maut bersama Portugal dan Belanda,
Jerman tetap dilihat favorite untuk menggenggam kejuaraan EURO
2012. Kekuatan teknikal dan strategi ditambah dengan gabungan yang ideal antara
pemain berpengalaman dan pemain muda cukup untuk membuktikan keupayaan Jerman
mengulangi kejayaan mereka pada tahun 1972, 1980 dan 1996 dan edisi kali ini
mereka pasti akan membuktikan sesuatu!
"Our goal must be to focus on ourselves
and reach our potential. Then we can beat anyone."
-Mesut Ozil.
0 comments:
Post a Comment